Press release -

Video Kolaborasi Keempat “AC Milan in Japanimation” antara Toyo Tires dan AC Milan sedang bersiaran langsung! AC Milan lwn. Gamba Osaka – Aksi drift di dalam animasi oleh pencipta Captain Tsubasa

TOYO TIRE & RUBBER CO., LTD. telah melancarkan “AC Milan in Japanimation”, video kolaborasi keempat daripada siri semasanya dengan pasukan Serie A Itali yang terkenal di dunia iaitu AC Milan. Video ini telah disiarkan di Youtube pada 7th Disember. (https://youtu.be/LbvkhNSK7BM)

Di bawah tema “Surprising the World” yang membuat penampilan semula, Toyo Tires (jenama tayar TOYO TIRE & RUBBER CO., LTD.) telah mempersembahkan satu lagi video yang dijamin menghiburkan. Kali ini, hasil akhirnya sesuatu yang sangat unik, apabila pencipta “Captain Tsubasa” iaitu Yoichi Takahashi telah disenaraikan untuk berkolaborasi pada animasi yang merupakan ciri utama video. “Captain Tsubasa”, manga (kartun Jepun) mengenai bola sepak, disukai ramai di seluruh dunia, dengan ramai pemain bola sepak dan peminat menganggap diri mereka dalam kalangan peminat. Tambahan pula, versi beranimasi telah disiarkan di lebih 50 buah negara.

Penggambaran video tersebut dibuat di Osaka, Jepun. Para pemain AC Milan muncul bersama-sama dengan pasukan profesional tempatan Jepun, Gamba Osaka (Toyo Tires juga berbangga menyokong bola sepak tempatan di Jepun melalui penajaan platinumnya terhadap pasukan Gamba). Di dalam bas pasukan, Riccardo Montolivo membaca manga secara bersantai – sehingga sebuah kereta tiba-tiba melompat keluar daripadanya. Selepas beberapa siri drift yang berapi-api, pemain AC Milan keluar dari Mercedes G63, manakala pemain Gamba Osaka keluar dari Mercedes SL400. Kedua-dua kereta tersebut dilengkapi siri tayar PROXES Toyo Tires. Pemain profesional bola sepak tersebut kemudiannya berlawan drift yang mendebarkan, satu persaingan sengit yang berlaku secara bersilih ganti dalam dunia sebenar dan animasi. Pentas pertarungan bertukar ke beberapa lokasi yang kebanyakannya di Osaka, dengan tarikan utama kota tersebut iaitu Takoyaki (bola sotong) juga membuat penampilan tetamu istimewa. 

etua pasukan komunikasi jenama Toyo Tires, Yoshiyuki Morikuni, mengulas bahawa “Kami mahu mengatasi jangkaan pelanggan kami dalam terus membuat kejutan di seluruh dunia, dan kami sedang menjalankan pelbagai aktiviti bagi tujuan itu. Untuk penggambaran keempat siri ini, kami ingat kami akan membuat pembaharuan berbanding video sebelumnya dengan menghasilkan gabungan unik dunia nyata dan dunia animasi bersama-sama dengan legenda Yoichi Takahashi. Video ini menampilkan “pertarungan” di antara dua pasukan bola sepak yang ditaja oleh kami. Hantaran bola yang mengagumkan daripada pemain AC Milan, dan juga adegan kereta kejar mengejar yang menampilkan kereta Mercedes G63 dan SL400 yang disesuaikan dengan setiap warna pasukan. Video ini semestinya ditonton.”  

Video siri terdahulu telah ditonton oleh jutaan peminat dari seluruh dunia. Semaknya di bawah:

Video 1 “AC Milan vs Super Car” (November 2014, 6.6 juta tontonan)

https://youtu.be/M092PBHytC8

Video ke-2 “Chase in Milan” (Disember 2015, 8.1 juta tontonan)

https://youtu.be/VMFRylJaVmY

Video ke-3 “AC Milan vs. Drift Cars” (Disember 2016, 8.2 juta tontonan)

https://youtu.be/MRBp9srnOxM

Toyo Tires berhasrat untuk terus melangkaui jangkaan pelanggan dengan menyampaikan kejutan baharu dan memikul cabaran baharu pada skala global.

Ringkasan Video

Nama Video Promosi TOYO TIRES x AC Milan
“AC Milan in Japanimation”
Pengarah animasi Yoichi Takahashi
Dibintangi <AC Milan>
Riccardo Montolivo, Hakan Çalhanoğlu, André Silva, Ricardo Rodríguez
<Gamba Osaka>
Yasuhito Endo, Yasuyuki Konno, Shu Kurata, Hiroki Fujiharu
Lokasi penggambaran Jepun (Osaka), Itali (Milan)
Saluran pengedaran Versi utama (131 saat): https://youtu.be/LbvkhNSK7BM
Versi pendek (60 saat): https://youtu.be/hED0BlXOZmI
Versi pendek (30 saat): https://youtu.be/IhDd_L07rOI
Selain daripada YouTube, video ini juga akan disiarkan di laman web kami dan saluran lain.
Laman web Kempen: http://toyotires-milan.com/en
Pemandu Mercedes G63: Masato Kawabata (Pasukan TOYO TIRES DRIFT)
Mercedes SL400: Hideyuki Fujino (Pasukan TOYO TIRES DRIFT))
Maklumat tayar Mercedes G63:PROXES T1Sports SUV
Mercedes SL400:PROXES Sports

■Toyo Tire & Rubber Co., Ltd.

Toyo Tire & Rubber Co., Ltd. mengembangkan aktiviti-aktiviti perniagaannya di seluruh dunia, memfokuskan pada pengilangan dan jualan produk terasnya: tayar. Dengan operasinya di lebih 100 negara dan rantau, Toyo Tires berurus niaga dalam pelbagai komponen automobil, termasuk tayar dan bahagian kusyen tempat duduk yang dibuat daripada uretana, yang dibekalkan oleh syarikat kepada pengeluar automotif di serata dunia.

■Mengenai Yoichi Takahashi

Pelukis manga telah dilahirkan di Tokyo pada tahun 1960, beliau mencatat kejayaan cemerlang melalui manga “Captain Tsubasa” pada tahun 1980, yang dikatakan telah memainkan peranan penting dalam perkembangan berterusan dalam populariti bola sepak di Jepun. Di peringkat global, anime yang sama masih disiarkan. Pada masa ini, “Captain Tsubasa: Rising Sun”, diterbitkan di dalam majalah “Grand Jump”. Siri tersebut meraikan jilid ke-100 secara keseluruhannya pada bulan Jun tahun ini.

Untuk pertanyaan lanjut:

Pejabat PR (Aalto International Co., Ltd.) Pegawai Bertanggungjawab: Maximilien Xavier Rehm

E-Mel: max@aaltoin.com

Related links

Topics

  • Art, Culture, Entertainment

Related content